- Consultant
- Commercial, Corporate & Conveyancing Department

Selepas didaftaraikan sebagai peguam di New Zealand, Francis Ting kemudiannya diterima masuk sebagai Peguambela Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak di Sarawak pada tahun 1984, di mana beliau telah memulakan kerjaya undang-undang beliau di Loke, King and Company (pendahulu firmaini). Selepas beliau memperoleh pengalaman berdekad dalam industri undang-undang, beliau telah kembali ke firma Loke, King, Goh and Partners Advocates pada tahun 2024. Sepanjang kerjayanya, beliau telah memperoleh reputasi untuk menyediakan penyelesaian yang praktikal merentas bidang urus niaga hartanah, komersial dan pembinaan. Beliau dikenali dengan pemikiran strategik dan kemahiran menyelesaikan masalah, beliau adalah penasihat yang dipercayai dan konsisten dalam membuahkan hasil untuk klien beliau.
Beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam mengendalikan spektrum urus niaga termasuk menyediakan Perjanjian Jual Beli, perjanjian Sublet, dan memberi nasihat mengenai perkara undang-undang tuan tanah dan penyewa. Beliau juga kerap terlibat dengan klien untuk memberi nasihat mengenai amanah dan wasiat, di mana beliau memastikan perancangan harta yang efektif, serta membimbing klien kepakaran beliau. Kepakaran beliau juga meliputi nasihat mengenai dokumentasi pinjaman bank, jaminan dan indemniti, serta membantu dengan urus niaga korporat dan komersial, termasuk merangka perjanjian penjualan saham, perjanjian jualan perniagaan dan perjanjian pemegang saham.
Selain itu, beliau mempunyai pengalaman luas dalam sektor pembinaan dan kerap bertindak sebagai peguam kepada pemaju dan kontraktor untuk memberi nasihat mengenai isu undang-undang sepanjang projek pembinaan. Beliau berpengalaman dalam merangka dan merunding perjanjian pembinaan, perjanjian pembangunan dan perjanjian sub-kontrak, memastikan objektif klien bleiau tercapai dan pada masa yang sama melindungi kepentingan mereka.
Beliau kini merupakan konsultan firma ini dan pemahaman luar biasa serta prestasi yang terbukti membentuk kejayaan firma ini.
Bachelor of Laws, Victoria University of Wellington, New Zealand
English
Foochow
Hokkien
Advocate and Solicitor of New Zealand in Wellington (1984)
Advocate of the High Court of Sabah and Sarawak in Sarawak (1984)