- Partner
- Commercial, Corporate & Conveyancing Department

Lim Swee Ling didaftaraikan sebagai Peguambela Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak pada tahun 2009, selepas berkerja hampir sedekad di jabatan pentadbiran kredit dengan sebuah bank terkemuka di Malaysia. Beliau ditugaskan menyelia permohonan dan pengeluaran kemudahan kredit di peringkat cawangan.
Beliau mempunyai pengalaman dan hubungan yang meluas dalam sektor hartanah dan perbankan di Sarawak, dan telah mewakili beberapa pemaju, bank dan klien antarabangsa. Beliau dihormati untuk kepakaran undang-undang dan prosedur hartanah serta perbankan tempatan yang membolehkan beliau menawarkan solusi komersial dan praktikal dalam isu undang-undang yang dihadapi oleh klien serta memberikan nasihat yang jelas dan strategik. Bidang utama kerja beliau merangkumi projek pembangunan kediaman dan komersial, penyewaan komersial, pemerolehan dan penjualan tanah, serta pembiayaan hartanah yang terdiri daripada perbankan runcit dan korporat. Beliau juga berpengalaman dalam memberi nasihat mengenai penyelesaian amanah, wasiat dan probet, serta memberikan nasihat pakar mengenai proses pentadbiran harta pusaka yang kompleks di Sarawak.
Bachelor of Economics (Hons.), University of Malaya
Bachelor of Laws (Hons.), University of London
Certificate in Legal Practice (CLP)
English
Mandarin
Bahasa Malaysia
Hokkien
Foochow
Advocate of the High Court of Sabah and Sarawak in Sarawak (2009)