Ong Ai-Lyn
Lawyer Office Shoot Edited-093

Ong Ai-Lyn adalah Rakan Kongsi Pengurusan dan Ketua Jabatan Komersial, Korporat & Konveyansi dalam firma ini. Beliau memulakan kerjayanya dalam bidang jenayah Lincoln’s Inn Fields di London, di mana beliau memperoleh banyak pengalaman yang bernilai dan terlibat secara aktif sebagai sukarelawan dengan Free Representation Unit.

Selepas didaftaraikan sebagai Peguambela Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak di Sarawak pada tahun 1993, beliau telah membina amalan yang kukuh dalam bidang litigasi sebelum meluaskan tumpuannya kepada bidang korporat danconveyancing. Pada tahun 1997, Ong Ai-Lyn dijemput untuk mengetuai Goh and Partners (pendahulu firma ini) dan telah memainkan peranan penting dalam penggabungan firma Goh and Partners dengan Loke, King and Company pada tahun 2002, dan akhirnya membentuk Loke, King, Goh dan Partners Advocates yang dikenali hari ini. Sejak itu, Ong Ai-Lyn telah membuktikan diri beliau sebagai peguam terkemuka di Sarawak dan disenaraikan sebagai seseorang rakan kongsi terkemuka dalam penerbitan The Legal 500 Asia Pacific.

Ong Ai-Lyn telah membina pangkalan klien terkemuka yang merangkumi warga tempatan yang memainkan peranan penting tetapi juga syarikat-syarikat pelabur antarabangsa yang ingin mewujudkan perniagaan di negeri Sarawak. Beliau mempunyai pengalaman luas dalam pelbagai bidang seperti berikut:

  • Konveyansi: bekerjasama rapat dengan pemaju, pelabur dan klien korporat dalam spektrum luas urus niaga hartanah termasuk pemerolehan dan penjualantanah, pelaburan hartanah, pembangunan bangunan komersial dan hotelmewah, dan projek kediaman. Beliau juga sering dijemput untuk berucap di Malaysian Institute of Estate Agents (MIEA), untuk berkongsi pandangan beliau mengenai undang-undang tanah di Sarawak sebagai sebahagian daripada proses akreditasi untuk perunding hartanah.
  • Imigresen: mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang mendalam tentang undang-undang dan proses imigresen tempatan. Beliau juga kerap membantu klien-klien swasta dan korporat dalam pelbagai hal imigresen, menyediakan strategi yang sesuai untuk mendapatkan permit masuk jangka pendek dan panjang, termasuk program Sarawak My Second Home (S-MM2H), pas lawatan profesional, dan permit pekerjaan dan kediaman.
  • Tenaga dan Projek: membantu klien mengemudi landskap undang-undang dan peraturan sektor tenaga Sarawak. Beliau mempunyai pengalaman khusus dalam menasihati projek sumber tenaga yang dapat diperbaharui termasuk keperluan pelesenan, pematuhan alam sekitar dan juga isu-isu tanah.
  • Teknologi: telah bekerjasama dengan pembekal perkhidmatan IT yang terkemuka dan klien dalam kontrak teknologi bernilai tinggi yang melibatkan perkhidmatan Cloud, keselamatan siber dan proses memperoleh teknologi. Kepintaran undang-undang dan perniagaan beliau yang kukuh membolehkan beliaumemberikan nasihat yang pragmatik untuk membantu klien mencapai objektif komersial dalam bidang undang ini.
  • Perancangan Harta Pusaka dan Amanah: kerap dilibatkan oleh klien tempatan dan juga klien antarabangsa untuk menyediakan penyelesaian untuk memastikan harta mereka dilindungi, diuruskan dan diedarkan dengan cekap mengikuti kehendak mereka. Beliau juga berkhidmat sebagai pemegang amanah dan pentadbir harta pusaka, dan mengambil langkah bagi memastikan pelaksanaan pelan harta pusaka klien berjalan dengan lancar.

Pengetahuan beliau yang mendalam tentang undang-undang Sarawak telah menjadikanbeliau sebagai seorang penasihat yang dipercayai oleh firma-firma guaman Semenanjung Malaysia dan antarabangsa, serta syarikat multinasional yang ingin berkembang di Sabah dan Sarawak. Sebagai sesorang yang dihormati untuk pendekatan beliau yang praktikal atas fikiran kehadapan beliau sentiasa konsisten dalam memberikan nasihat yang bernilai untuk membantu kliennya mengemudi landskap undang-undang tempatan dengan yakin.

Education :

Bachelor of Laws (Hons.), University of Buckingham, UK
Bar Finals Course, Lincoln’s Inn, UK

Languages :

English
Mandarin
Bahasa Malaysia
Cantonese
Hokkien

Professional Associations :

Barrister-at-law of the Honourable Society of Lincoln’s Inn (1992)
Advocate of the High Court of Sabah and Sarawak in Sarawak (1993)

Scroll to Top